Bahan-bahan:
1 cawan kacang hijau (rendam selama 45jam)
Air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 sudu makan kelapa parut muda (putih sahaja)
3 sudu makan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung
1 sudu teh kunyit serbuk
1/2 sudu teh kapur sirih
Air secukupnya
1/2 sudu teh garam
1/2 1kg minyak masak
Cara-cara membuatnya:
Kacang hijau direbuskan sehingga kembang dan lembut.
Masukkan kelapa, gula dan tepung. Gaul sebati dan sejukkan.
Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bebola.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk. Bancuh sebati.
Celup adunan kacang kedalam bancuhan tepung dan goreng sehigga kuning keemasan.
Angkat dan tos. Sedia untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan