Ahad, 10 Oktober 2010

Tepung Talam

Bahan-bahan:

  • Bahagian bawah
  1. 3 sudu besar tepung beras
  2. 3 sudu besar tepung gandum
  3. 150gm gula merah
  4. 2 sudu besar gula putih
  5. 2 cawan air
  6. 300gm gula merah
  7. Sedikit kapur masak
Campur kesemua bahan sehingga sebati-tapiskan.

  • Bahan atas
  1. 1 cawan santan
  2. 1/3 cawan tepung beras 
  3. Garam secukup rasa
Campur kesemua bahan sehingga sebati-tapiskan.
Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Loyang digris dengan sedikat minyak. Masukkan bahan bawah. Dikukus 30minit.
  3. Lepas 30 minit,jika adunan sudah masak tapi air kukusan diatasnya.Pedapkan dengan tisu. Lorekkan dengan garfu supaya adunan atas boleh melekat.
  4. Masukkan bahan bawah ke atas dengan perlahan-lahan. Kukus selama 30 minit lagi.
  5. Apabila adunan sudah masak tutup api.
  6. Disejukkan kuih ini terlebih dahulu sebelum dipotong

Isnin, 4 Oktober 2010

KASTURI

Bahan-bahan:

  • Untuk inti
  1. 1 cawan kacang hijau (rendam selama 45jam)
  2. Air secukupnya untuk merebuskan
  3. 1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
  4. 3 sudu makan kelapa parut muda (putih sahaja)
  5. 3 sudu makan tepung gandum
  • Untuk kulit salut tepung
  1. 1 cawan tepung beras
  2. 1 sudu makan tepung
  3. 1 sudu teh kunyit serbuk
  4. 1/2 sudu teh kapur sirih
  5. Air secukupnya
  6. 1/2 sudu teh garam
  7. 1/2 1kg minyak masak
Cara-cara membuatnya:

  • Untuk inti
  1. Kacang hijau direbuskan sehingga kembang dan lembut.
  2. Masukkan kelapa, gula dan tepung. Gaul sebati dan sejukkan.
  3. Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bebola.
  • Untuk kulit salut tepung
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk. Bancuh sebati.
  3. Celup adunan kacang kedalam bancuhan tepung dan goreng sehigga kuning keemasan.
  4. Angkat dan tos. Sedia untuk dihidangkan.

Ahad, 26 September 2010

Tepung Pelita

Bahan-bahan:

  • Lapisan Bawah
  1. 1 biji kelapa (diambil santan)
  2. 1/2 kg tepung beras
  3. 10 helai daun pandan (ditumbuk dan diambil airnya)
  4. 1 sudu teh gula
  • Lapisan Atas
  1. 2 cawan pati santan
  2. Secubit garam
  3. 2 sudu makan tepung jagung
  4. 4 sudu makan tepung gandum
Cara-cara membuatnya:
  1. Untuk lapisan bawah, bancuh air pandan dengan santan.Gaul hingga sebati.
  2. Sebelum tuangkan bancuhan ke dalam acuan daun pisang masukkan gula dan kukus selama lima minit.
  3. Untuk lapisan atas pula, bancuh semua bahan yang diperlukan.
  4. Setelah lapisan tadi menjadi sedikat keras, tuangkan bancuhan ini ke permukaan atasnya.

Rabu, 15 September 2010

Roti Jala

Bahan-bahan:

  1. 750-850 ml air
  2. 410ml susu cair
  3. 600 gm tepung gandum 2 biji telur
  4. 2 biji telur
  5. 3-4 sudu makan minyak
  6. 1 sudu teh garam
  7. Sedikit pewarna kuning
  8. 2 helai daun pandan untuk merenjis

Cara-cara membuatnya:

  1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah.
  2. Masukkan telur dan pukul dengan hujung garfu.
  3. Tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.
  4. Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan renjiskan/ lenser sedikit ke atas kuali.
  5. Tuangkan adunan roti jala menggunakan acunan bercorong membentuk jala.
  6. Masak 2-3 minit, bila dan lekang dari kuali, lipat empat dan angkat. Boleh juga angkat dulu dan gulung seperti kuih dadar.
  7. Apabila adunan dalam acuan, tersumbat, tambahkan sikit air dalam adunan dan kacau adun semula.

Khamis, 9 September 2010

Buah Melaka

Bahan-bahan:

  1. 1 bungkus tepung pulut
  2. 1 cawan tepung gandum
  3. 1 sudu garam
  4. 1/2 sudu teh pewarna hijau
  5. 2 helai daun pandan
  6. Keping gula melaka( dipotong dadu)
  7. 1 biji kelapa parut(putih sahaja)
Cara-cara membuatnya:

  1. Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna dan garam sehingga menjadi doh.
  2. Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka ditengah tengahnya.
  3. Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan.
  4. Masukkan bebola doh tadi ke dalam air yang mendidih.
  5. Bebola timbul apabila masak. Angkat dan salutkan dengan kelapa parut.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Selasa, 7 September 2010

Lepat Pisang

Bahan-bahan:

  1. 6 biji pisang masak (buang kulit)
  2. 1 cawan gula
  3. 2 cawan tepung gandum (ayak)
  4. 1/2 biji kelapa parut
  5. 1/2 sudu teh garam
  6. Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Lenyek kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati.
  3. Ambil sekeping daun pisang , letakkan 1 sudu adunan pisang ditengah-tengahnya secara memanjang. Letakkan 1 sudu teh kelapa parut di tengah -tengahnya sebagai inti.
  4. Tutup kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan pisang . Balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Buat sehingga habis.
  5. Letakkan dalam dulang pengukus dan kukus selama 1/2 jam atau hingga masak. Sedia untuk dihidangkan. 

Ahad, 5 September 2010

Talam Pandan

Bahan-bahan:

  • Lapisan bawah( berwarna hijau)
  1. 175gm tepung beras
  2. 400gm gula
  3. 1000ml
  4. 15 helai daun pandan( diambil patinya)
  5. 1 sudu kecil air kapur
  • Lapisan atas( berwarna putih)
  1. Tepung beras 50gm
  2. Tepung ubikayu 50gm
  3. Santan pekat 400gm
  4. Garam 6gm
  5. Air 100gm
Cara-cara membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan lapisan bawah sehingga rata.
  2. Panaskan loyang dan sedia untuk dikukus.
  3. Tuangkan campuran lapisan hijau ke dalam loyang tersebut dan kacau sehingga menjadi adunan yang pekat dan kilat.
  4. Kukus selama 30 minit.
  5. Campurkan semua bahan lapisan atas (putih) dan tuangkan keatas lapisan hijau yang telah masak.
  6. Kukuslah selama lebih kurang 20minit sehingga masak.