Bahan-bahan:
- 6 biji pisang masak (buang kulit)
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum (ayak)
- 1/2 biji kelapa parut
- 1/2 sudu teh garam
- Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
Cara-cara membuatnya:
- Panaskan pengukus.
- Lenyek kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati.
- Ambil sekeping daun pisang , letakkan 1 sudu adunan pisang ditengah-tengahnya secara memanjang. Letakkan 1 sudu teh kelapa parut di tengah -tengahnya sebagai inti.
- Tutup kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan pisang . Balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Buat sehingga habis.
- Letakkan dalam dulang pengukus dan kukus selama 1/2 jam atau hingga masak. Sedia untuk dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan