Jumaat, 3 September 2010

Cek Mek Molek

Bahan-bahan:

  1. 600 gram keledek( direbus dan dilecek)
  2. 2 cawan tepung gandum
  3. Gula (untuk inti)
  4. Garam secukup rasa
  5. 1/2 1kg minyak masak( untuk menggoreng)
Cara-cara membuatnya:

  1. Campurkan keledek dengan tepung gandum dan garam. Uli hingga jadi doh yang lembut.
  2. Ambil 2 sudu makan dan leperkannya. Masukkan gula sebagai inti dan tutup dan gulungnya kembali. Lakukan sehingga selesai.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Goreng hingga kekuning-kuningan dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan