Jumaat, 3 September 2010

Karipap Daging

Bahan-bahan:

  • A) Kulit:
  1. 250gm tepung 
  2. 1 sudu besar marjerin ( dicairkan )
  3. Garam secukupknya
  4. Air sejuk secukupnya
  • B) Inti:
  1. 500gm daging (dicincang)
  2. 4 biji kentang di potong kiub bersaiz kecil
  3. Air
  4. Gula
  5. Garam
  6. 1 biji bawang besar potong kiub
  7. 1/2 paket serbuk daging
Cara-cara membuatnya:


  • Cara membuat kulit


  1. Tuangkan merjerin ke dalam tepung yang telah diayak dan digaulkan dengan. Gaul dan uli hingga sebati.
  2. Canai dan terapkan menjadi bulat.
  • Cara membuat inti 
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik baunya.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan daging dan kentang serta sedikit air. Kacau sebati dan biarkan ia mereneh di atas api yang perlahan.
  4. Setelah daging empuk barulah dimasukkan garam, kacau selalu dan setelah kering bolehlah diangkat.
  • Langkan seterusnya
  1. Masukkan inti ke dalm kulit dan lipat dua kemudian klimkan bahagian tepi dengan cermat.
  2. Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan